Politik perkauman akhiri zamannya — Abd Shukur Harun
Dr M: Scrapping race-based policies will lead to chaos
3. Benarkah pengambilan kira bangsa dalam perniagaan di Malaysia melalui dasar DEB menghalang pertumbuhan ekonominya? Dunia mengakui bahawa Malaysia yang berbilang kaum ini lebih cepat dan tinggi tahap pembangunannya dari negara-negara membangun yang lain yang tidak mempunyai masalah bangsa untuk diambilkira.
4. Memang mungkin jika masalah kaum tidak menghantui Malaysia pertumbuhannya menjadi lebih pesat. Tetapi apabila agihan kekayaan begitu luas di antara kaum, besar kemungkinan permusuhan akan berlaku antara kaum yang miskin dengan kaum yang kaya.
5. Permusuhan ini sudah tentu akan menyebabkan ketegangan dalam masyarakat dan menjadikan negara tidak stabil dan terdedah kepada huru hara dan rusuhan.
6. Keadaan seperti ini akan menghalang pelaburan, dagangan dan perusahaan. Dalam iklim seperti ini ekonomi tidak mungkin tumbuh dengan baik. Pembangunan akan terjejas.
7. Yang jelas ialah mengenepikan masalah bangsa dalam negara berbilang kaum, tidak juga menjamin kepesatan pembangunan.
8. Kata pepatah Melayu, telan mati pak, luah mati emak.
9. Namun adalah lebih baik pembangunan terlewat sedikit daripada kehancuran akibat rusuhan. – Tun Dr Mahathir
Dr M: Scrapping race-based policies will lead to chaos
The former prime minister, in making the case for the continuation of such policies, wrote in a blog posting here that taking away racial consideration when doing business would not necessarily guarantee development.
He asked if racial considerations in the controversial New Economic Policy (NEP) had truly posed a hindrance to the country’s economic growth.
“The world has admitted that multiracial Malaysia grew faster than other developing nations that did not have the problem of race to consider,” he said.
The NEP, put in place in 1971, officially ended in 1990, but many of its programmes are still being continued.
Datuk Seri Najib Razak has said he plans to remove subsidies and many Bumiputera quotas under economic reforms, but the prime minister’s efforts have received notable opposition from Malay rights groups.
Chief among Najib’s detractors appear to be Dr Mahathir himself, who has repeatedly argued for the continuation of race-based policies under the NEP, warning there would be an escalation in ethnic tension and division if they were to be dismantled.
Writing once in an earlier blog posting in 2010, Dr Mahathir had said: “I may be labelled a racist but fear of the label will not stop me from working for what I think is good for the country.
“Nothing will be gained by dividing the people of Malaysia into poor Bumis and rich non-Bumis. The time is not right for disregarding the disparities between the races in the interest of equity and merit.”
The country’s longest-serving former prime minister, who still wields influence in the ruling Umno, continued to stress this point in his latest posting.
“It is true that if the problem of race does not haunt Malaysia, development would speed up.
“But when the distribution of wealth is so wide between the races, there is a large possibility hostilities would occur between the rich and the poor,” he said.
Such hostilities, added Dr Mahathir, would later ensue in tension within the community and lead to chaos and rioting.
This in turn, he said, would frighten away investors and businesses, further stunting the country’s economic growth.
“Therefore, it is better that development is slowed slightly than destruction to occur because of such rioting,” he said. - The Malaysian Insider
Politik perkauman akhiri zamannya — Abd Shukur Harun
26 JAN — Tidak syak lagi bahawa generasi baru, malah sesetengah generasi lama juga, telah dengan jelas menolak politik perkauman. Dengan itu parti politik yang berasaskan kaum, atau tebal dengan perkauman sedang menghadapi zaman gelapnya.
Dengan itu, tidak mungkin lagi politik perkauman akan terus mendominasi iklim politik di Malaysia, justru golongan yang mendukung politik perkauman semakin merosot dan terus merosot.
DAP yang sejak puluhan tahun digambarkan oleh musuh politiknya sebagai parti perkauman Cina, kini berusaha keras memulihkan imejnya sebagai parti politik untuk semua kaum di Malayia. Usahanya itu sebanyak sedikit menampakkan hasil di mana sudah ada tokoh-tokoh Melayu yang menyertainya.
Keterlibatan tokoh Melayu itu mampu menonjolkan kesungguhan DAP untuk dilihat secara praktikal sebagai parti bukan perkauman. Tokoh terkini Melayu dalam DAP yang mula mengukir nama ialah seperti Zairil Khir Johari (anak Tan Sri Khir Johari), Prof Arifin Omar, Mohd Arif Sabri seorang blogger yang terkenal dengan nama samaran Sokmongkol AK 47, bekas Presiden Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJ), Hatta Wahari dan mungkin ramai lagi yang sudah memasang niat untuk bersama DAP.
Ramai yakin untuk memastikan Melayu dilihat ada tempat dalam DAP, mereka akan diberi kedudukan tertentu untuk ditonjolkan sebagai tokoh Melayu dalam DAP.
Kalangan yang menyertai DAP ini sudah tentu mempunyai persepsi yang sama bahawa masa depan politik Malaysia bukanlah politik perkauman. Justru mereka melihat Pakatan Rakyat — di mana terdiri dari PAS, DAP dan PKR — mempunyai potensi yang sangat baik.
Menurut Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS dalam tulisannya di Merdeka Review baru-baru ini, bahawa usaha “mesra Melayu” oleh DAP menjadi mudah apabila ia menjadi parti yang memerintah di Pulau Pinang.
Kata beliau, DAP menzahirkan hasratnya itu melalui dasar berkebajikan kerajaan negeri di mana golongan yang paling bermanfaat dalam dasar ini ialah orang Melayu selain daripada bangsa lain.
“Pengagihan ini memperlihatkan betapa DAP bukanlah hendak meminggir orang Melayu atau mendiskriminasikan mereka di Pulau Pinang, malah penonjolan Lim Guan Eng yang lebih memahami kehendak Islam berbanding dengan Ketua-Ketua Menteri sebelum ini pada kadar tertentu, telah mencairkan chauvanisme DAP. Jadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri adalah satu alat taktikal yang paling efektif untuk DAP menggerakkan strategi ‘mesra Melayunya’,” kata Mujahid.
Semuanya ini adalah perkembangan yang sangat menarik sedang berlaku dalam dalam politik kepartian di Malaysia. Bagi aktivis dan pemerhati politik seperti Dr Mujahid, perkembangan ini menandakan nafas-nafas akhir politik perkauman yang mencengkam politik Malaysia selama ini. Suatu masa nanti, katanya, parti politik Malaysia tidak boleh lagi dikenali dengan pola perkaumannya kerana mereka sudah membebaskan diri dari pengenalan itu.
Yang menjadi persoalan nanti, kata beliau, ialah apakah dasar yang diutarakan kepada rakyat, mana-mana parti yang lebih menarik dasarya itulah yang menjadi pilihan rakyat. Begitu juga ketokohan peribadi ahli politik sebagai ikon yang disukai ramai akan menjadi trend politik kepartian di masa depan.
Sehingga semua itu terlaksana, yang penting ialah prosesnya yang sedang bermula dengan kadar yang sungguh laju.
Pada pendapat saya, PAS sendiri, sebagai parti bukan perkauman yang memperjuangkan dan berusaha menterjemahkan kesyumulan Islam, ia mempunyai kemampuan untuk menarik perhatian lebih ramai bukan saja golongan generasi baru, bahkan juga generasi lama dari pelbagai kaum dan agama.
PAS sendiri ternyata sentiasa hidup di tengah-tengah suasna terkini seperti yang berlaku dalam PRU Ke-12 yang lalu di mana pengundi, terdiri pelbagai bangsa dan agama telah menyokongnya. Di kawasan yang banyak pengundi bukan Melayu seperti di Kota Raja, Selangor di mana calon PAS, Dr Maria Mahmod telah mencapai kemenangan besar.
Begitu juga di kawasan Kuala Selangor keadaan yang serupa berlaku di mana calon PAS, Dr Dzulkifly Ahmad juga telah berjaya.
Kawasan lain yang mempunyai ramai pengundi bukan Melayu seperti di dua Dun di Muar, di Pulau Pinang, Perak dan lain-lain, calon PAS juga menang cemerlang.
Hasil tahalluf-Siasi yang dijalin oleh PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, menyebabkan pemngundi bukan Melayu kebanyakannya telah memberi sokongan kepada calon Pakatan, khususnya dari PAS. Ini membuktikan bahawa tasawuur Islam yang dibawa oleh PAS telah diterima oleh pelbagai pihak, khususnya bukan Islam.
Inilah manfaat paling ketara hasil jalinan hubungan PAS dengan pelbagai parti, di mana selama ini, Islam kelihatannya tinggal di masjid dan surau saja.
Saya yakin, dengan sifat Islam yang menolak perkauman, dikriminasi kaum dan seumpamanya, generasi baru, bahkan generasi lama, akan terus menerima PAS dalam PRU Ke-13 akan datang.
Saya berkongsi pandangan dengan Dr Mujahid seterusnya bahawa yang menjadi persoalan nanti, ialah apakah dasar yang akan diutarakan kepada rakyat, mana-mana parti yang lebih menarik dasarya itulah yang menjadi pilihan rakyat, bukan diukur dari sudut kaum dan sebagainya.
Oleh itu, suatu hal yang amat penting difikirkan oleh Pakatan, khususnya PAS, ialah persoalan ketokohan peribadi ahli politiknya sebagai ikon yang disukai ramai, yang akan menjadi trend politik kepartian di masa depan.
Generasi baru, boleh jadi juga generasi lama, akan melihat siapakah para tokoh yang akan dicalonkan. Kewibawaan, ilmu, keteramplilan dan latar belakang, serta rekod perkhidmatan seseorang calon akan menjadi ukuran penting kepada pengundi. Dengan itu Pakatan Rayat, khususnya PAS, mestilah menyediakan calon bermutu tinggi, yang mempunyai ciri-ciri seperti yang diebutkan.
Namun, saya percaya, PAS tidak kurang dengan tokoh berwibawa dari pelbagai lapangan, justru ia adalah gabungan antara ulama dan professional, yang menjadi harta kekal PAS sendiri.
Mengukur dari trend politik yang ada sekarang, PRU Ke-13 nanti sangat critical sifatnya. Ini kerana pengundi tradisional yang selama ini terbiasa dengan memilih berdasarkan kaum dan suku sakat mereka akan mengakhiri zamannya.
Inilah sebuah perubahan yang akan dihadapi oleh semua parti politik.
Dengan itu, hanya parti politik yang bukan perkauman, diyakini mampu membela rakyat, mampu membawa keadilan dan demokrasi akan menjadi pilihan rakyat. — harakahdaily.net
* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified. – The Malaysian Insider






