Peringatan kepada pengundi Melayu!

Melayu Proto nenek moyang populasi Manusi

Pakatan now riding the Anwar factor

Sederhana biar berpada-pada — Kunta-Kinte Original

Dilema pengundi Melayu dalam PRU — A Kadir Jasin

22 DIS — Bagi PAS, kemungkinan hidup tanpa Nasharudin Mat Isa mungkin tidak terlalu seksa dan tentulah tidak akan sunyi tanpa Dr Hassan Ali.

Ini bukan kali pertama PAS meminggirkan pemimpin yang lantang atau yang tidak sealiran dengan pendirian semasa parti. Lagipun, belum tentu Nasharudin atau Dr Hassan akan meninggalkan parti, apatah lagi menyertai Umno.

Akan tetapi, tanpa mereka meninggalkan parti pun, keretakan dalam kepemimpinan dan ideologi Pas sudah cukup untuk mengganggu gugat prospek parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Hal ini sudah pun disedari oleh kepemimpinan parti itu apabila ia mula menjelaskan kepada ahli pendiriannya mengenai dua pemuka parti itu.

Yang akan menjadi masalah kepada PAS bukanlah pemberontakan oleh dua tokoh itu atau sokongan mereka kepada isu perpaduan Melayu yang dikatakan melibatkan Umno.

Yang menjadi masalah kepada PAS ialah tanggapan yang ia tidak lagi komited kepada perjuangan asalnya yang bermatlamatkan Dar-al-Islam dan Hukum Hudud. Tanpa idealisme Negara Islam dan Hukum Hudud, PAS bukanlah PAS lagi.

Teringat saya kepada kempen PAS di Kedah dalam Pilihan Raya Umum 1969.

Ia mencurigai keislaman penyokong Umno kerana bekerjasama dengan ‘orang kafir” melalui Perikatan, dan hendak “hambat orang Cina dan India ke dalam laut” kalau menang.

PAS menunaikan janji mengenai agenda Islamnya dengan mengartikulasikan idealisme Dar-al-Islam dan meluluskan rang undang-undang Hukum Hudud dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Tetapi, selepas kemenangan besar melalui pakatan pilihan raya dengan DAP dan PKR dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan pembentukan Pakatan Rakyat selepas itu, idealisme Islam Pas menjadi semakin kabur.

Dar-al-Islam digantikan dengan “Negera Berkebajikan” dan Hudud “dikaveatkan” atas alasan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Soalnya, adakah Perlembagaan Malaysia boleh diubah menjadi mesra Hukum Hudud kalau Pakatan Rakyat menang PRU akan datang?

Dr Hassan adalah mangsa perubahan dasar PAS terhadap idealisme Islam.

Dosa beliau ialah cuba memperjuangkan Islam di Selangor, negeri yang dipimpin oleh PKR di mana pengaruh DAP cukup berpengaruh. Sejak isu penjualan arak di kedai-kedai runcit di kawasan majoriti

Melayu di Selangor, yang melagakan Dr Hassan dengan Ronnie Liu (DAP), Dr Hassan sudah menjadi duri dalam daging kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

Inilah dilema politik Melayu/Islam. Kepemimpinan Umno bermati-matian mengambil hati bukan Melayu sehingga ramai ahli Umno sendiri berasa amat terkilan.

Kini, hasil pembabitannya dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, PAS pula menghadapi dilema, iaitu sama ada terus memperjuangkan idealisme Islam atau mengambil hati orang bukan Melayu/bukan Islam.

Bagi orang Melayu yang peduli, dilema mereka adalah — yang mana hendak disokong demi menjamin kelangsungan (survival) masa depan mereka — Umno yang kemaruk undi bukan Melayu atau Pas yang kebulur undi bukan Islam?

Situasi yang ideal bagi orang Melayu, kalau mereka peduli atau mereka sedar betapa rapuhnya kedudukan mereka di bumi Malaysia ini, ialah melalui perpaduan bangsa dan agama. Malangnya bagi orang Melayu, politik bererti perpecahan.

Wallahualam. — kadirjasin.blogspot.com

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified. – The Malaysian Insider

Sederhana biar berpada-pada — Kunta-Kinte Original

20 JAN — Minggu ini Kunta Kinte nak tumpang sekaki cakap berkenaan gerakan sederhana, tak kiralah gerakan sederhana tempatan atau global.

Tapi dalam konteks kita di Malaysia ni, Kunta Kinte rasa kita memang daripada dulu lagi sederhana. Daripada sifat sederhana orang Melayu itulah terbit sikap tolak ansur dan toleransi.

Hasil daripada sikap tolak ansur dan toleransi orang Melayu itu pula, berduyun-duyunlah datang pedagang dan perantau dari Barat, Timur dan Utara ke negeri-negeri Melayu.

Cina datang, India datang, Arab datang dan Parsi pun datang. Mereka datang untuk berdagang dan merantau cari makan.

Tapi bila datang kuasa-kuasa penjajah Eropah dan dibantu pula oleh Si Kitol dan pengkhianat-pengkhianat asing yang seangkatan dengannya, maka terjajahlah Melaka dan, sedikit demi sedikit Tanah Melayu dan Nusantara.

Orang Melayu yang sederhana, terbuka dan toleransi tidak berasa perlu lengkapkan diri dengan alat senjata canggih dan bala tentera yang besar. Kalau adapun setakat cukup untuk lawan penyamun dan lanun saja.

Walaupun melalui pengalaman pahit dijajah silih berganti, sifat sederhana dan sikap tolak ansur orang Melayu tidak pernah luntur. Punyalah baik orang Melayu, sampai penjajah Inggeris bagi mereka gelaran “Malay gentlemen” — Melayu baik yang beradab sopan.

Sifat dan sikap baik orang Melayu itu diperalatkan oleh bangsa-bangsa penjajah untuk terus memperkotak-katikkan orang Melayu, raja-raja dan pembesar mereka.

Malaysia yang pelbagai kaum, agama, bahasa, kelas dan taraf ekonomi hari ini adalah kesan dan hasil daripada eksploitasi sifat sederhana dan sikap toleransi orang Melayu turun-temurun oleh bangsa-bangsa penjajah, masyarakat pedagang dan kaum-kaum perantau.

Memanglah baik kita bersifat sederhana dan bersikap tolak ansur. Itulah pun ajaran agama kita, Islam. Rasulullah adalah contoh mutakhir kepemimpinan yang sederhana dan toleransi.

Tapi member-member Kunta Kinte yang hadir Persidangan Gerakan Sederhana Global di Kuala Lumpur Selasa lalu kata, tidak ada pula pemimpin dan pembentang kertas kerja Islam yang ambil Rasulullah sebagai contoh muktamad kesederhanaan dan toleransi.

Boleh jadi mereka tidak sedar atau boleh jadi juga mereka takut hendak kaitkan Islam dengan kesederhanaan sebab sekarang satu dunia anggap agama Islam dan Muslim sebagai pelampau dan pengganas.

Mereka lebih suka rujuk kepada watak-watak dan contoh-contoh kontemporari macam Nelson Mandela dan Gandhi. Tak salah, tapi janganlah abaikan contoh dan sumbangan Islam.

Tapi Kunta Kinte berasa lega sikit bila ada peserta, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebut mengenai sikap dan tindakan Barat yang jadi punca sikap melampau dan ganas segelintir umat Islam.

Selepas berakhir Perang Dingin dan munculnya Amerika sebagai kuasa besar tunggal, Islam secara sedar dan terancang dijadikan musuh utama bagi menggantikan komunisme.

Melalui penindasan politik, ekonomi, tentera dan propaganda, Amerika dan sekutu Eropahnya mengapi-api dan melaga-lagakan umat Islam. Apabila orang Islam dan negara Islam bertindak balas, Amerika tuduh mereka pelampau dan pengganas.

Pemimpin neo-konservatif Amerika seperti Geogre W. Bush, Dick Cheney, Condolezza Rice, Donald Rumsfeld dan Paul Wolfowitz secara sengaja dan terbuka tanam rasa benci rakyat Amerika terhadap orang Islam.

Tidak hairanlah apabila anggota tentera Amerika rogol, bunuh dan bakar mayat orang awam Iraq dan, baru-baru ini, mereka kencing atas mayat pejuang Taliban di Afghanistan.

Begitulah melampau dan ganasnya sifat dan sikap orang Amerika terhadap Islam hari ini. Itu pun ada lagi orang kita yang jadikan Amerika kiblat ideologi mereka dan buat orang macam Wolfowitz penasihat mereka.

Jadi, Kunta Kinte harap orang Melayu dan Islam di Malaysia terus amalkan sifat sederhana dan bersikap toleransi, janganlah sampai kita kena main dan kena kencing di bumi kita sendiri.

Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata, nampak-nampaknya sifat sederhana dan sikap tolak ansur orang Melayu kurang dihormati dan dihargai. Malah ada banyak pihak yang ambil kesempatan daripada sifat sederhana dan sikap toleransi orang Melayu bagi perkukuhkan kedudukan mereka dan lemahkan kedudukan orang Melayu.

Jadi eloklah orang Melayu buat baik berpada-pada sebab Kunta Kinte dah nampak iaitu bila orang Melayu bagi betis, ada yang kata paha pun hak mereka juga. Jangan kita saja yang sederhana dan tolak ansur tapi orang lain asyik ungkit dan tuntut. Wallahualam. — Berita Harian

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified. – The Malaysian Insider

Pakatan now riding the Anwar factor

Analysis

By Joceline Tan

The Pakatan Rakyat convention was about riding on the momentum of Datuk Seri Anwar Ibrahim’s court acquittal but the man is now under pressure to get his act together and show he has what it takes to lead the coalition.

THE man of the hour at the Pakatan Rakyat convention was Datuk Seri Anwar Ibrahim and he made a grand entrance after lunch.

He had flown into Penang, from where he was escorted like a home-coming hero to Alor Setar for the Pakatan event.

It was his first appearance at a Pakatan event after his stunning acquittal last week and the camera flashes that trailed him from the car to the stage must have almost blinded him.

PKR is finding its voice again and the party’s logo dominated among the flags and banners that flushed the roads leading to the stadium.

For a while, PKR was treated like some sort of diseased cousins by PAS and DAP but with Anwar clearing the sodomy hurdle, the party is back in the reckoning.

The colourful banners announcing the event featured Anwar in a dominant pose along­side PAS president Datuk Seri Hadi Awang, DAP leader Lim Kit Siang and Kedah Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

PKR deputy president Azmin Ali’s speech at the opening was twice as long as that of his PAS counterpart Mohamed Sabu.

On stage, Anwar had the seat of honour, sandwiched between the two Tok Gurus – Hadi and Datuk Nik Aziz Nik Mat.

The first Pakatan convention in 2009 was to launch the coalition and the second in 2010 ­was ­to unveil the Buku Jingga.

This one should have taken place last year. But every single party in the coalition had its own issues, chief of which was Anwar’s then pending court verdict and an emba­rra­s­sing sex video.

The postponement turned out to be timely and as Bukit Bendera MP Liew Chin Tong put it, “things have now taken on a different tone”.

The convention was trying to ride on the momentum of Anwar’s acquittal.

They know the court verdict has been received very positively and the interna­tional media had begun to hail Datuk Seri Najib Tun Razak as a reform-minded Prime Minister.

The court decision has been hailed as sign ­of ­the reforms Najib is trying to bring into natio­nal politics and of the direction he is taking the country towards.

The choice of Kedah was to solidify the Malay ground. Kedah, among the Pakatan states, is in greatest danger now that the Malay vote has shifted back to Umno.

The gathering, said Liew, was also about opening up new fronts.

Pakatan is signalling that it is mounting a challenge on Barisan Nasional’s traditional ­turf – namely the Felda vote, the civil service, its fixed deposits of Sabah and Sarawak and postal votes.

Hence, the floor was given to representatives from these key sectors during the morning portion of the event.

Among the speakers were former Sabah state secretary Tan Sri Simon Sipaun, former naval Brig-Gen Datuk Hadi Khatab, Felda acti­vist Siti Khalijah and student leader Akram Ikrami.

Former Bar Council chairman Datuk S. Ambiga, who represented the NGOs, was rewarded with loud applause.

Ambiga draws mixed reaction from the Muslims for her role in the controversial apostasy case but there is no denying she has become a household name among the Malays after the Bersih 2.0 protest.

Pakatan also took the opportunity to showcase some of their young and up-and-coming leaders, which was a good thing because some of the oldest players in Malaysian politics today are in Pakatan and several of them were so frail that they had to be helped onto and down the stage.

The spotlight is on Anwar again but if the Alor Setar crowd was hoping for directions or hints of what he had in mind, they were disappointed.

In fact, he was almost upstaged by Lim Guan Eng for whom every speech is a ceramah and who had no qualms about blowing his Chief Minister’s trumpet.

Anwar has lost a great deal in the last three years and his Pakatan colleagues are keeping their fingers crossed that he can now get his act together and focus on their Putrajaya dream.

Pakatan leaders are as obsessed about getting to Putrajaya as the Barisan is about holding on to the capital.

They got the audience yesterday quite excited when they announced that the next convention would be in Putrajaya.

They say the convention is testimony that the coalition is coagulating into a permanent group that will rival the tenacity of its Barisan rival.

They say it is all right to sleep in the same bed and have different dreams as long as they stay united against the common enemy.

It sounds great in theory. In practice, it is another story.

As the Pakatan leaders said their piece on stage, an elderly PAS official was vigilantly trying to keep the men and women segregated in the press section.

As a result of the limited seating near the press area, some of the male reporters and bloggers spilled over into the area reserved for the women.

The official came by several times to impose his idea of a moral society.

When some reporters told him they were having problems with the power supply and whether he could help sort it out, he said: “That issue, I cannot help you. That is not my duty.”

Pakatan leaders say they want to bring change to the country and they are promoting the Buku Jingga as some sort of New Deal that they want to bring to Malaysians.

But regardless of whether or not they get to Putrajaya, some things will never change. - The Star

Melayu Proto nenek moyang populasi Manusi

Oleh Mohd Farhan Darwis
January 20, 2012

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Kajian dalam bidang Arkeologi dan Genetik hari ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu-Proto yang mendiami Benua Sunda merupakan nenek moyang kepada populasi manusia hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi Persidangan Asal Usul Melayu : Induknya Di Alam Melayu, Zaharah Sulaiman yang menjelaskan di dalam tayangan video bagaimana penduduk di Benua Sunda terselamat daripada letusan gunung berapi Toba, kira-kira 75,000 tahun lalu.

Menurut Zaharah, sekumpulan 10,000 yang terselamat daripada letusan terbabit berpindah dari Afrika ke Benua Sunda (Asia Tenggara)

“Mereka terselamat kerana berlindung di kawasan yang Benua Sunda yang tidak dicemari debu radioktif gunung berapi.

“Mereka merupakan asal-usul kepada perjalanan manusia moden hari ini,” menurut video tersebut.

Kumpulan itu bagaimanapun, terpaksa berpindah daripada India, China, Jepun, dan Amerika Syarikat ekoran daripada pemanasan global pada 25,000 tahun lalu yang menyebabkan banjir besar yang merubah Benua Sunda menjadi kepulauan-kepualau, kecil.

Kenyataan tersebut menolak teori sebelum ini yang menyatakan Melayu berasal daripada Yunan atau “express train” yang menyatakan mereka berasal dari Taiwan yang melakukan penghijrahan.

Menyokong teori tersebut adalah Pakar Genetik daripada Oxford Genetic Anthropology, Stephen Oppenheimer yang menyatakan bukti genetik yang menunjukkan orang Melayu dan Orang Asli merupakan penduduk asal Asia Tenggara.

Ia sama ada daripada Kepulauan Indonesia mahupun Filipina, atau tanah besar Asia seperti Vietnam, Kemboja, Thailand, dan wilayah IndoChina.

Menurut kajiannya, termasuk ujian DNA terhadap masyarakat Semang, Senoi, dan kumpulan  Orang Asli lain termasuk Melayu, ia menunjukkan 44 peratus mempunyai moyang yang hidup di kawasan ini sejak sebelum 25,000 tahun lagi.

Sementara 36 peratus lagi menunjukkan moyang mereka menetap di kawasan tersebut sejak 5,000 ke 25,000 tahun, manakala hanya sejumlah 6 peratus mempunyai susur galur Taiwan yang berpindah ke sini sejak  5,000 tahun lalu.

Tambahnya, terdapat juga bukti arkeologi yang menyaksikan industry peleburan besi antara 6,500 ke 8,000 tahun lalu yang disebarkan dari Indonesia ke seluruh dunia.

Kenyataan berkenaan turut disokong oleh kajian yang dibuat oleh Saintis Universiti Sains Malaysia, Zafarina Zainuddin.

Menurut Zafarina, kajiannya menunjukkan DNA yang diambil daripada kumpulan yang hidup di kawasan yang sama mempunyai keturunan Melayu asli sekurang-kurangnya untuk tiga generasi.

“Sekiranya dia seorang lelaki daripada Machang, Kelantan dia boleh mengesan keturunannya untuk tiga generasi, dan sekiranya dia berasa was-was, kita asingkan,” katanya.

Tambahnya, dia berterima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana mengeluarkan geran sebanyak RM1.4 juta untuk tujuan kajian tersebut, yang membuktikan masyarakat Melayu merupakan kominiti tertua di rantau ini.

Menurutnya, pencarian “Melayu berasal daripada Tanah Melayu” akan menyemarakkan kembali semangat Melayu dan seterusnya orang Melayu akan berasa bangga menjadi Melayu.

Persidangan itu telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – The Malaysian Insider

~ by alhaj on January 20, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.