أهلا وسهلا ومرحبابكم

Jangan Lupa Masjid A-Aqsa لا تنسى

208852_436896126343811_134229965_n

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

اما بعد

Barang diingat semua tulisan dalam blog ini masih dalam suntingan.

permata_ilmu_pjiwa_bSelamat datang ke blog hamba yang hamba beri nama “Awal Agama Mengenal Allah!” atau dalam sebutan Arabnya yang masyur “اول الدين  معرفة الله” ekuran dari kata keramat “اول واجب على الإنسان معرفة الإله بإستقان” yang empunya kitab ‘Matan Zubad” Syeikhnya Ibnu Ruslan yang bermaksud “Permulaan yang wajib atas manusia adalah mengenal akan Allah dengan yakin”; demikian juga dari madah “فاعلموا أيها الإخوان ان الأصل والأساس هو معرفة المعبودقبل العبادة وذلك حقيقة معنى الشهادةKhuthbah lil-Habib Thahir Husain yang bermaksud “Ketahulilah oleh kamu, bahwa asal agama yaitulah mengenal akan Tuhan (yaitu Allah) yang patut disembah sebelumnya membuat ibadah kepada-Nya. Dan adalah makrifat itu merupakan hakikat dari makna kalimah syahadat”.

Itu semua berpokok pangkal dari firman Allah سبحانه وتعالى:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (سُوۡرَةُ الذّاریَات:٥٦:٥١)

“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembah kepadaKu”. (Surah Adh-Dhariyat: 51: 56)

Bcd2653d0-2101-4b20-b499-017088e3faa3ertolak dari situ hamba memuatkan dalam blog ini matan kitab Kifayatul Awam (كفاية العوام) buah tangan yang sangat berharga Syeikhnya Muhammad bin Asy-Syafi’i Al-Fudholi Asy-Syafi’i  رحمه الله sebuah kitab yang merupakan warisan kita semua di antara berbanyak kitab Tauhid untuk mengenal beberapa sifat Allah yang fardhu ‘ain kita mengetahui iaitu 20 sifatNya yang wajib, 20 sifatNya yang mustahil dan satu sifatNya yang harus di samping 4 sifat yang wajib bagi para Rasul, 4 sifat yang mustahil bagi dan satu sifat yang harus bagi mereka.

Hamba mempelajari Sifat 20 waktu akhir belasan tahun dan awal dua puluhan dari Tuan Imam Tuanku Ahmad Masjid Besar, Simanggang bersama orang-orang dewasa dengan keadaan susah memahaminya. Kitab yang dipakai ialah  رسالة التوحيد (Risalah Tauhid jawi) oleh Syeikh Abdul Ghani bin Yahya dan Omar Yusuf.

Dalam usia yang sudah senja dan hamba fikir dalam kesempatan hayat yang masih ada, baik hamba mempelajari Sifat 20 semula. Hamba rasa hamba belumpun memenuhi tuntutan fardhu ‘ain untuk mempelajari Sifat 20 secara asas dengan dalil ijmal.

Dengan memuatkan matan Kifayah Al-Awam ini hamba menulis, dengan menulis hamba berfikir, mengkaji dan menyelidik. Dari pengelaman begitulah akhirnya seseorang menguasai satu mata pelajaran.

asastauhidpertumbuhandanperkembanganBantuan hamba memahami matan Kifayatul Awam adalah kitab klasik “Permata Ilmu Tauhid (Satu Pendalaman Terhadap Iktikad Ahlus Sunnah Wal Jamaah)” terjemahan جوهرة التوحيد  Syeikh Ibrahim al-Laqqoni dan kitab modern “Asas Tauhid Pertumbuhan dan Huraiannya” oleh Mudasir Rosder.

Tidak lupa juga hamba merujuk kepada kitab tulisan anak Sarawak sendiri iaitu Al-Ustaz Muhadir Joll lulusan sekolah Syeikh Osman Sarawak, Matang, Kuching kitab yang berjudul Sifat 20.

Terima kasih tidak terhingga hamba kepada penerbit-penerbit matan “Kifayatul Awam” Arab-Melayu Malaysia dan Indonesia sehingga dengan usaha mereka menerbit (semoga menjadi amal jariah mereka) kita mendapat cahaya Tauhid dan hamba dapat merujuk terjemahannya dan tumpang sama berdakwah, khususnya menyibar fahaman Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Semoga manfaat.

Sekian.

Terima kasih.

وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nota:

Klik Tulisan untuk membaca seterusnya tulisan-tulisan dalam blog.

Sila ke sidebar di sebelah kiri saudara di bawah kepala KATEGORI untuk membaca tulisan-tulisan bi bawah kategori tertentu seperti Aqidah 50 , DosaKhairul Ummah, dan  Makrifat setakat ini.

Klik perkataan/kalimat berwarna merah untuk merujuk ke tulisan yang terkait dalam satu-satu tulisan contoh aradh pada tulisan Aqidah 50 1 (3/3) dan klik nombor berwarna merah contoh 8 untuk ke laman web sumber hadits.

Akidah

 Sifat 20  / Matan Dural Al-Farid /

Terjemahan/Tafsir Qur’an

Tafsir Ibn Katsir Melayu / Tafsir Ibn Katsir Inggeris / Tafsir Ibn Katsir Arab Tak Berbaris / Tafsir Ibn Katsir Arab Berbaris / Tafsir Quran Pelbagai Inggeris / Tafsir Qur’an Pelbagai Melayu / Terjemahan Al-Qur’an Pelbagai Bahasa / Al-Qur’an Perkata Inggeris / Al-Qur’an Perkata Melayu /

Nara Sumber Hadits

Arab-Melayu 1  / Arab Melayu 2  / Arab Tak Berbaris  / Arab Berbaris Inggeris / Dorar HadithIslamicweb.net Library / Google Islamicweb.net Library  /  Semak Hadis /

 Tutorial

Mencari Matan dan Takhrij Hadis  /

Biodata

Klik Biodata Peribadi untuk mengetahui sedikit latarbelakang penulis.